PROGRAM PERTANDINGAN MEMASAK DAN GUBAHAN WAJIK PELADANGNITA NEGERI PAHANG
- June 13, 2026
- Posted by: pasfawebmaster2026
- Category: Uncategorized
13 JUN 2026 / SABTU / GALERI MAT KILAU, PULAU TAWAR, KUANTAN PAHANG
PROGRAM PERTANDINGAN MEMASAK DAN GUBAHAN WAJIK PELADANGNITA NEGERI PAHANG
YH. Dato’ Haji Zamri bin Yaakob, Pengerusi Jemaah Pengarah PASFA membuat kunjungan setiap hasil masakan dan telah merasmikan Program Pertandingan Memasak Dan Gubahan Wajik Peladangnita Negeri Pahang, di sini hari ini.
Dalam program ini turut hadir bersama-sama menjayakan program ialah YBrs Cik Siti Amirah binti Muhamad Zahid, Wakil Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang, YBrs Tuan Haji Ahmad Termizi bin Haji Ismail, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Yang Hormat Dato’-Dato’, Barisan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), barisan Pengerusi PPK dan Ahli Jemaah Pengarah PPK, YBhg Ketua Peladangmuda PPK, YBhg Ketua PeladangNita PPK, YBhg barisan Pengurus Besar PPK, Yang Dikasihi barisan Pengurus Hal Ehwal Korporat dan kakitangan LPP serta PPK yang turut hadir.
Sebelum penyampaian hadiah kepada pemenang, semua jemputan membuat lawatan kesetiap meja masakan peserta untuk merasa wajik yang telah siap dimasak serta telah digubah dengan pelbagai gubahan untuk menarik perhatian juri. Pelbagai gubahan menarik dan pelbagai rasa yang telah dinilai oleh juri untuk diumumkan sebagai pemenang.
Peserta pertandingan adalah seramai 35 orang dari ahli PeladangNita PPK yang mengambil bahagian. Pemenang telah diumumkan adalah seperti berikut :
Pemenang masakan wajik:
1. Melur – PPK Pekan – 84%
2. Bakung – PPK Bera – 81%
3. Lili – PPK Bentong – 80%
4. Orkid – PPK Cemeron Highlands – 79%
5. Kamelia – PPK Merapoh – 78%
Pemenenag gubahan wajik:
1. Bakung – PPK Bera – 85%
2. Telang – PPK Kuantan – 83%
3. Mayang – PPK Kuantan – 80%
4. Melur – PPK Pekan – 78%
5. Cempaka – PPK K Lipis – 77%
YH. Dato’ Hajah Nazilah binti Abd Latif, Ketua PeladaNita PASFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PeladangNita, pengurusan PASFA dan kakitangan PPK yang terlibat bagi menjayakan program ini hingga selesai dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada peserta yang menyertai pertandingan ini dan mengucapkan tahniah kepada pemenang.







