Mengenai Kami
Menerajui Evolusi Agromakanan & Sosioekonomi Negeri Pahang.
Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) pada asalnya didaftarkan pada 12 Ogos 1971 di bawah Akta Persatuan Peladang Pahang 1967. Pada tahun 1973, kerajaan telah mewartakan Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 dan PASFA telah didaftarkan semula di bawah Akta 109 tersebut pada 17 Disember 1984.
Objektif Strategik
Meninggikan taraf sosioekonomi, menambahkan pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil dan memperbaiki cara hidup ahli-ahli, serta mewujudkan masyarakat yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.
👁️ Visi Korporat
"Menjadikan organisasi penggerak pertanian komersial di Negeri Pahang Darul Makmur yang dinamik dan relevan sepanjang masa."
🎯 Misi Utama
- Menerajui industri pertanian moden.
- Menyatu dan menggembeling sumber asas peladang.
- Membangunkan ekonomi peladang melalui projek aktiviti pertanian komersial.
- Membaiki taraf sosial peladang.
Aktiviti & Portfolio Perniagaan
Kita bekerja sebagai satu Keluarga Peladang untuk memajukan taraf hidup sosioekonomi ahli peladang Negeri Pahang khususnya.
MAJU PASFA, MAJU PELADANG.
YH. Dato' Haji Zamri Yaakob
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PASFA