PENARAFAN 4 BINTANG AUDIT PENGURUSAN

PENARAFAN 4 BINTANG AUDIT PENGURUSAN

18 JUN 2026 / KHAMIS / BILIK MESYUARAT, PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PAHANG (PASFA).

MESYUARAT PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT PENGURUSAN PERTUBUHAN PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PAHANG TAHUN 2026

Alhamdulillah, selesai pembentangan maklumbalas audit pengurusan PASFA pada hari ini yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Nik Shaharil bin Nik Md Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama-sama dalam pembentangan ini ialah YBrs. Encik Mohd Rozalhasle bin Mat, Pengarah Bahagian Audit Pertubuhan LPP, YBrs. Puan Arzilinna binti Ahmad Kamal, Pengarah Bahagian Pendaftar Pertubuhan Peladang, YBrs Encik Muhammad Azzrinie bin Shafie, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang, YBrs Tuan Haji Ahmad Termizi bin Haji Ismail, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), barisan wakil LPP Negeri Pahang dan kakitangan PASFA yang hadir.

Objektif program audit pengurusan pertubuhan peladang (PP) ialah membantu pihak pengurusan PP mengenalpasti masalah di dalam menjalankan tugas dan memberi cadangan keatas penyelesaian masalah. Selain itu memastikan setiap anggota pengurusan PP mengamalkan tadbirurus yang baik di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Pihak pengurusan PASFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai LPP Negeri Pahang yang banyak membantu. Selain itu kepada semua pasukan pegawai audit pengurusan dalam menjalankan kerja-kerja pengauditan dan kerjasama daripada semua kakitangan PASFA. Tahniah diucapkan kepada pihak PASFA diatas penarafan 4 bintang bagi tahun audit 2026..

#pasfapahang

#peladangpahang