MAHA 2026
- August 29, 2026
- Posted by: pasfawebmaster2026
- Category: Uncategorized
29 OGOS 2026 / SABTU / DEWAN D2, MAEPS SERDANG, SELANGOR
MAJLIS PERASMIAN MAHA 2026
Perasmian MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Majlis Perasmian Pembukaan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 diadakan dengan meriah sekali.
Acara dwitahunan berprestij yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 ini mengangkat tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”. MAHA 2026 menjadi platform utama negara dalam memperkukuh sektor agromakanan menerusi penerapan teknologi, inovasi, dan amalan kelestarian.
Marilah beramai-ramai jom ke MAHA 2026 kerana pelbagai pameran dan aneka jualan ada disini. Jangan lepaskan peluang pergi ke gerai jualan PASFA di Laman Tiba 1 dan Pavillion Pahang.
Pengurus Besar PASFA mengucapkan selamat bertugas dan terima kasih kepada semua team PASFA yang terlibat sepanjang program MAHA 2026 bermula pada 28 Ogos hingga 6 September 2026.






