Mekanisasi Perladangan
Memperkasa Operasi, Meminimumkan Kebergantungan Buruh.
Dalam era pertanian moden, kecekapan adalah kunci kepada keuntungan. PASFA menyediakan perkhidmatan kejenteraan ladang yang komprehensif bagi membantu peladang dan pemilik estet mempercepatkan operasi, mengurangkan kos buruh manual, dan meningkatkan hasil tuaian melalui adaptasi teknologi jentera berprestasi tinggi.
Penyelesaian Jentera Komprehensif
Daripada pembersihan hutan hinggalah kepada penuaian, kami mempunyai jentera yang tepat untuk setiap fasa ladang anda.
Sewa Jentera Berat
Menyediakan perkhidmatan sewaan jengkaut (excavator), backhoe, dan jentolak untuk kerja-kerja pembersihan tanah (land clearing), pembinaan teres, dan parit.
Mekanisasi Ladang
Membekalkan traktor pelbagai kuasa kuda (HP) yang dilengkapi dengan implemen seperti rotary slasher, pembajak, dan treler pengangkut buah (FFB).
Teknologi Dron
Khidmat dron pertanian untuk semburan baja cecair dan racun yang sangat efisien, pantas, sekata, dan selamat untuk kawasan ladang berskala besar.
Servis & Senggaraan
Bengkel kejenteraan tempatan yang menawarkan khidmat baik pulih, servis berkala, dan pembekalan alat ganti jentera pertanian yang tulen.
Mengapa Menggunakan Khidmat Kejenteraan PASFA?
Melabur dalam pembelian jentera sendiri memakan modal yang sangat besar dan melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Menyewa melalui kami adalah langkah perniagaan yang lebih pintar dan jimat.
Operator Berpengalaman (Competent)
Setiap jentera dikendalikan oleh pemandu/operator yang mahir, cekap, dan mempunyai lesen kompetensi yang diiktiraf bagi mengelakkan kerosakan tanaman.
Fleksibiliti Skala
Kami mampu menampung keperluan jentera sama ada untuk kerja bermusim pekebun kecil mahupun kontrak jangka panjang bagi estet komersial yang luas.
Jadual Kerja Bebas Gangguan
Dengan ketersediaan jentera gantian yang mencukupi, operasi ladang anda tidak akan terhenti akibat masalah kerosakan atau (breakdown).
Tempah Jentera Untuk Ladang Anda.
Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan jadual kekosongan jentera serta sebut harga sewaan mengikut kadar jam, hari, atau projek (lum-sump).
Hubungi Bahagian Kejenteraan